Bola Sepak

TFC II makin selesa, Negeri Sembilan tambah luka Perak FC II

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terengganu FC II menewaskan Kelantan FC pada Sabtu. Foto: TFC

Oleh: JJFIRDAUS

TERENGGANU FC II (TFCII) menambah derita Kelantan FC apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan Liga Premier yang dilangsungkan pada sebelah petang di Stadium Sultan Muhammad IV.

Dua gol Terengganu FC II dijaringkan oleh Jordan Mintah pada minit ke-9 dan oleh Wan Fazli Wan Ghazali sebelas minit sebelum tamat untuk memberikan kemenangan kedua mereka sejak liga bersambung.

Kemenangan ini melonjakkan TFCII ke tangga kedua liga dengan 25 mata dari 13 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini manakala Kelantan tewas dua perlawanan berturut-turut.

 

Dalam satu lagi perlawanan, Negeri Sembilan kembali ke landasan kemenangan dengan membelasah Perak FC II 5-0 sekaligus merampas kembali tangga teratas Liga Premier dari Sarawak United.

Skuad Hoben Jang Hoben mempamerkan permainan mantap dan berjaya mendahului 4-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nasrullah Hanif, N Javabilaarivin, Alain Akono dan Francis Kone.

Zaquan Adha menambah luka Perak FC II dengan jaringan kelima Negeri Sembilan pada minit ke-82 sekaligus melengkapkan malam gemilang skuad bimbingan K Devan.

Esok (Ahad) dua lagi perlawanan akan berlangsung antara JDT II dan Kelantan United di Larkin manakala pasukan yang sedang meningkat prestasi, PDRM akan bertemu Skuad Projek FAM-MSN di Cheras.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: