Bola Sepak

Tempoh rehat panjang bukan kelebihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

The Phoenix mempertaruhkan khidmat pemain tempatan sepenuhnya mengharungi musim 2021.

PENGENDALI Petaling Jaya City FC, P Maniam melihat aksi rehat yang lebih lama dimiliki pemainnya bukanlah kelebihan apabila bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang Sri Pahang FC, malam ini.

Hanya bertemu Sabah FC selepas saingan Liga Malaysia kembali bersambung, pertemuan seterusnya menentang Kedah Darul Aman FC dilaman sendiri ditunda selepas dua pemain KDA FC positif Covid-19.

Kini mereka kembali ke padang dengan lawan bakal ditentang Sri Pahang FC yang sudah berbeza dengan kehadiran beberapa pemain import baharu.

Bagi Maniam, lawan yang bakal dihadapi malam ini memiliki kelebihan memandangkan mereka sudah beraksi dalam dua perlawanan selepas liga bersambung berbanding mereka yang hanya bermain satu perlawanan setakat ini.

Jelasnya melihat  kualiti pemain yang dimiliki skuad Tok Gajah, anak buahnya perlu bekerja lebih keras untuk berdepan cabaran pasukan lawan.

“Mereka ada momentum kerana sudah bermain dua perlawanan, mungkin mereka penat sedikit tetapi jurulatih mereka berpengalaman dan pasti tahu apa yang perlu dilakukan.

“Mereka pun ada pemain yang baik seperti Abdul Malik Mat Ariff dan Aung Kaung Mann. Tetapi saya percaya pada barisan pemain saya.

“Ada pemain yang cedera namun saya optimis mereka boleh diturunkan. Jika tidak boleh pun, kita ada pengganti,” katanya.

Penyertaan The Phoenix dalam saingan Liga M 2021 hanya dibarisi sepenuhnya anak tempatan menghuni tangga ketujuh selepas 13 perlawanan apabila menghimpun 18 mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: