Olimpik 2020

Nur Dhabitah tempah slot ke final

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nur Dhabitah menamatkan saingan di kedudukan keenam sekaligus mara ke final pada Ahad. Foto: MSN

PENERJUN wanita negara Nur Dhabitah Sabri berjaya ke final acara 3 meter papan anjal individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

Nur Dhabitah,22,mempamerkan aksi konsisten dalam terjunannya dengan mengumpul 312.60 mata sekaligus menamatkan saingan di kedudukan keenam.

Seramai 18 penerjun yang bersaing dalam aksi separuh akhir ini dan hanya 12 penerjun terbaik sahaja layak ke final yang akan berlangsung pada Ahad.

Seperti diduga, penerjun dari China terus menguasai kolam renang apabila Shi Tingmano dan Wan Han berada di tempat pertama dan kedua.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: