Olimpik 2020

Pingat Gangsa: Aaron akui keluarga punca kekuatan, Wooi Yik menitis air mata


Aaron-Wooi Yik meraikan kemenangan ke atas beregu Indonesia sekaligus merangkul pingat gangsa untuk negara. Foto: MSN

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KONTINJEN negara akhirnya tersenyum dengan pingat pertama yang diraih pasangan beregu badminton lelaki negara Aaron Chia/Sph Wooi Yik pada Sabtu.

Mereka berjaya menewaskan pasangan berpengalaman dari Indonesia Mohamad Asan/ Hendra Setiawan dengan keputusan rubber set 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi perebutan pingat gangsa.

Ternyata semangat juang yang tinggi dalam jiwa kedua-dua pemain negara ini untuk meraih pingat untuk negara.

 

“Bila set kedua mereka leading ketika itu kami masih tahan tekanan. Fikiran saya ketika itu hanyalah keluarga. Itu yang buat saya tak give up. Itu yang buat saya jadi kuat.

“Boleh kata saya puas hati tetapi tidak sepenuhnya kerana ada buat mistake sebelum ini,” ujar Aaron selepas perlawanan.

Aksi Wooi Yik selepas menang aksi pingat gangsa pada Sabtu. Foto: MSN

Manakala Wooi Yik,23, kelihatan tidak dapat membendung air mata kejayaan selepas perlawanan.

“Kejayaan paling terbaik dalam karier saya. Saya dah overcome yang saya buat mistake sebelum ini. Ini belum habis lagi, saya akan terus berjuang selepas ini.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading