
KELAB Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hanya akan memulakan aksi Liga Super 2021 pada 14 Ogos bertemu Terengganu FC pada saingan ke -19 selepas mereka kini dikuarantin lima perlawanan .
Menerusi kenyataan di laman rasmi KDA FC, lima penangguhan membabitkan skuad Hijau Kuning bermula dengan perlawanan menentang Penang FC pada 24 Julai, diikuti PJ City FC, UiTM FC, Sri Pahang FC dan Selangor FC.
Keputusan untuk menunda perlawanan itu dibuat selepas mendapati beberapa pemain serta pegawai daripada KDA telah dikesan positif wabak Covid-19 menerusi ujian PCR sebelum perlawanan menentang Penang minggu lalu.
“Namun, segala perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL kelak,” ujar kenyataan rasmi berkenaan.





Add Comment