Bola Sepak

Aksi getir menanti kami – Yee Fat


Barisan pemain Perak FC menjalani latihan menjelang aksi menentang tuan rumah malam ini.

PENGENDALI Perak FC, Chong Yee Fatt mengharapkan aksi cemerlang yang dipamerkan ketika berdepan Kuala Lumpur City FC diteruskan untuk pertembungan menentang Johor Daru; Ta’zim (JDT) malam ini.

Baginya, dia mengharapkan sesuatu yang lebih positif dapat diraih walaupun sedar ia akan menjadi perlawanan yang cukup sukar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskadar Puteri malam ini.

“Pemain sedar tanggungjawab mereka untuk memberikan sehabis baik sepertimana yang dilakukan ketika menentang Kuala Lumpur tempoh hari.

“Saya boleh katakan pemain-pemain dalam keadaan yang baik ketika ini dan kami sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang getir pada malam esok.

“Semua tahu ia bukanlah perlawanan mudah jika berdepan JDT dan saya harap pasukan dapat memberikan pertarungan sengit untuk meraih sesuatu.

“Kalau ikutkan, sebaik sahaja liga bersambung, memang prestasi kami bukanlah yang terbaik apabila tewas dengan Terengganu, tetapi seri dengan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya beri sesuatu yang positif untuk pasukan”, tegasnya.

Jurang antara kedudukan kedua-dua pasukan ini cukup besar menyaksikan Perak kini di tangga kedua tercorot berbanding JDT selaku pendahulu liga,

Masih lagi gagal untuk mencari kemenangan selepas tiga perlawanan terdahulu, Perak perlu lebih aggresif untuk mengutip mata agar dapat keluar daripada zon penyingkiran.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: