Bola Sepak

Kami mahu jadi juara sejak perlawanan pertama lagi – Mora


Barisan pemain JDT meraikan kejayaan meraih tiga mata menewaskan Selangor FC, malam tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MEMIMPIN Liga Super dengan kelebihan enam mata dan berbaki tujuh lagi perlawanan, Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan merasa selesa dan dilabelkan dengan kejuaraan kali ke lapan berturut-turut.

Sentiasa meletakkan sasaran sebagai juara pada aksi pertama Liga Super musim ini, Benjamin Mora bagaimanapun menganggap perjalanan pasukannya masih jauh.

“Terdapat kombinasi keputusan dalam bola sepak, kami menang mereka kalah. Satu perkara yang bagus apabila kami mendahului enam mata.

“Saya rasa kami mahu menjadi juara sejak perlawanan pertama lagi, tapi perjalanan masih jauh. Kita tidak tahu mungkin ada kejutan dan setiap pasukan walaupun yang berada di kedudukan bawah, mereka akan beri tentangan 150 peratus.

“Kita sedar perkara itu, jadi kami perlu berhati-hati dan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Tiga mata beri keyakinan kepada pemain. Tapi kami hormati liga dan lawan yang akan datang, kami perlu bersedia untuk berdepan Perak katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Ketua pasukan Selangor FC, Syahmi Safari (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman.

Bagi pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel pula menganggap kegagalan anak buahnya menyudahkan beberapa peluang terutama pada babak kedua menjadi antara punca Red Giants gagal mendapat keputusan positif.

“Kami perlukan mata dan persembahan yang baik. Tapi kami perlu tingkatkan hantaran terakhir, penyudah dan juga transisi dalam permainan.

“Kami perlu bekerja keras dan akan kehilangan beberapa pemain untuk perlawanan seterusnya kerana kad kuning dan kecederaan.

“Tempoh yang sukar bagi kami, tapi kami akan hadapi cabaran itu,” ujarnya.

JDT yang juga merupakan penyandang juara Liga Super memiliki kelebihan enam mata selepas menewaskan Selangor FC, 3-1 malam tadi selain kekalahan 0-2 pencabar utama mereka, Terengganu FC (TFC) di tangan Melaka United FC, di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Kedudukan setiap pasukan selepas berlangsungnya perlawanan malam tadi.

Baki perlawanan JDT 

> JDT lwn Perak FC (Std Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri / 31 Julai)

> MUFC lwn JDT (Std Hang Jebat Melaka / 3 Ogos)

> JDT lwn Sabah FC (Std Sultan Ibrahim / 8 Ogos)

> PJFC lwn JDT ( Std MB Petaling Jaya / 14 Ogos)

> JDT lwn Sri Pahang FC (Std Sultan Ibrahim / 17 Ogos )

> TFC lwn JDT (Std Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu / 22 Ogos)

> JDT lwn KL City FC ( Std Sultan Ibrahim / 27 Ogos )

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading