
Oleh : SUBKHI SUDARJI
“SAYA dan pesan supaya berkubu dikawasan sendiri dan bertahan dalam tempoh seminit terakhir namun mereka gagal melaksanakannya,” jelas Dollah Salleh selepas pasukannya terpaksa berputih mata dengan jaringan penyamaan ketika perlawanan berbaki satu minit.
Tegasnya, apa yang berlaku pada malam ini bukanlah kali pertama dan pemain masih gagal mengikuti apa yang diarahkan.
“Benda yang sama berlaku pada tiga perlawanan, menentang Perak, Melaka United dan terbaharu malam ini. Kami melepaskan gol pada minit-minit terakhir perlawanan.
“Saya dah nasihatkan semua duduk dibawah dan bertahan tapi mereka tidak buat kerja. Sudah pastinya saya kecewa dengan keputusan ini disebabkan kecuaian,” jelasnya.
Sementara itu, pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto ternyata kecewa dengan keputusan yang diraih jika dilihat berdasarkan deretan peluang yang dimiliki.
“Tidak puas hati, sasaran untuk menang, kami memiliki deretan peluang dengan 90 peratus gol mampu dihasilkan namun sebaliknya berlaku.
“Kesilapan pemain tidak fokus dan disipilin dalam menjaga lawan, positifnya pemain bangkit dan berjuang hingga minit terakhir untuk menjaringkan gol penyamaan,” katanya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi, penyerang import Sabah, Josip Ivancic menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit akhir permainan.
Terdahulu tuan rumah mendahului pelawat hasil jarinhan Ivancic pada minit ke-57 sebelum kegagalan penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining menepis keluar bola ditendang pemain Sri Pahang, Muhammad Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-66 memastikan gol pertama Pahang.
Tok Gajah seolah-olah mampu membawa pulang tiga mata apabila mendahului tuan rumah pada minit ke- 93 hasil rembatan Abdul Malik Mat Ariff untuk kedudukan 2-1 namun jaringkan Ivancic selang seminit kemudian menyebabkan pelawat berputih mata untuk membawa pulang tiga mata.






Add Comment