
Oleh : SUBKHI SUDARJI
SELANGOR FC sedia menghadiahkan tiga mata kemenangan kepada Brendan Gan sebagai tanda sokongan buatnya dirinya pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Bekas ketua pasukan itu yang juga merupakan tonggak utama Harimau Malaya kini sedang bertarung dengan penyakit kanser testis tahap satu yang dihadapinya dan sedang menjalani rawatan pemulihan.
Selepas bangkit mengikat kedudukan 1-1 menentang Kuala Lumpur City FC (KLFC), Sabtu lalu anak didik Karsten Nietzel pastinya berdepan tugas getir menanti kunjungan peneraju Liga Super itu ketika ini.
Rekod pertemuan pusingan pertama yang berlangsung pada 17 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang berkesudahan seri 1-1 juga pastinya akan menceritakan segala-galanya pada aksi pusingan kedua malam ini.
Bagi Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid , keputusan seri yang diraih ketika menentang KLFC membakar semangat barisan pemainnya untuk meraih tiga mata penuh dilaman sendiri.
“Rata-rata pemain kini mempunyai semangat dan keyakinan tinggi meraih tiga kemenangan serta motivasi untuk menewaskan Harimau Selatan.
“Mereka (pemain) semua bersedia menghadiahkan kemenangan buat Brendan Gan pada malam ini dan akan terus memberikan sokongan buat jeneralnya itu,” katanya.
Add Comment