Bola Sepak

Kebimbangan Dollah jadi kenyataan


Gol awal Hidalgo gagal membantu Sri Pahang FC meraih tiga mata.

KEBIMBANGAN tahap kecergasan barisan pemain Sri Pahang FC yang menghantui Dollah Salleh menjadi kenyataan apabila dilihat salah satu punca skuadnya terpaksa berputih mata dengan keputusan seri 1-1 menentang Melaka United FC, malam tadi.

Mempamerkan aksi menarik khususnya diawal permainan dengan ledakan gol Manuel Hidalgo pada minit pertama, Tok Gajah turut memiliki beberapa peluang termasuklah sepakan penalti namun gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.

Bagi Dollah, dia memang menjangkakan masalah tahap kecergasan akan menggangu rentak barisan pemainnya selepas tiada aksi kompetitif yang dilalui sepanjang tempoh rehat Liga Malaysia.

“Tanpa perlawanan persahabatan, pemain dilihat sedikit keletihan khususnya dipenghujung perlawanan terutamanya dibahagian pertahanan dan ia dimanfaatkan lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada masa sama, Dollah mengakui sedikit terkilan dengan keputusan seri 1-1 memandangkan beraksi dilaman sendiri tiga mata seharusnya diraih.

“Melihat kedudukan kami dalam liga ketika ini yang masih berada dalam zon bahaya memang sedikit terkilan juga tetapi saya perlu terima hakikat.

“Kami masih kurang tajam dibahagian serangan selain rezeki yang tidak memihak pasukan malam ini apabila sepakan penalti gagal, bola terkena tiang,” tegasnya.

Selepas berakhirnya 14 perlawanan Sri Pahang FC berada ditangga ke sembilan dengan mengumpul 13 mata hasil tiga kemenangan, empat seri dan tujuh kekalahan.

Tok Gajah bakal terbang ke Kota Kinabalu petang ini untuk aksi menentang Sabah FC, Rabu nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading