Antarabangsa

Spurs buat ‘U-turn’ lepaskan Harry Kane ke Manchester City


HARRY Kane dilapor bakal meninggalkan Tottenham Hotspur mengubah anginnya ke Manchester City dengan nilai perpindahan 160 juta paun (RM(931 juta).

Awal musim ini Kane meluahkan keinginannya untuk meninggalkan Spurs dalam mencari koleksi trofi bersama Pep Guardiola.

Namun Pengerusi Spurs Daniel Levy bulan lalu ketika City dilaporkan membuat tawaran 100 juta paun, menegaskan  tidak akan melepaskan Kane malah mahu pemain itu bersama kelab sekurang-kurangnya untuk satu musim lagi.

Daniel Levy dikatakan menukar fikiran untuk membenarkan Kane berpindah ke kelab lain.

Bagaimana pun laporan terbaharu oleh The Sun mengatakan minggu lalu Levy bersetuju melepaskan Kane menyertai pesaing utama Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan gaji 400,000 paun (RM2.3 juta) seminggu.

Malah ejen Kane yang juga abangnya Charlie turut mendakwa bahawa Levy telah mengubah fikiran dengan membenarkan Kane berpindah ke kelab Eropah lain.

Bagaiamana pun laporan itu tidak mendedahkan tempoh kontrak Kane bersama City.

Kapten England berusia 27 tahun itu mencari sesuatu yang baharu bersama pasukan yang boleh menjulang trofi kejuaraan.

Perpindahan ke City ini menyaksikan Kane bakal bergandingan dengan bekas pemain Spurs John Stones, Phil Forden dan Raheem Sterling yang juga merupakan kombinasi dalam skuad The Three Lions. 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading