Antarabangsa

Sancho sah milik United


Sancho sah menjadi milik United bagi tempoh lima tahun.

MANCHESTER United mengumumkan sudah menandatangani pemain sayap England, Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun, hari ini.

Bayaran perpindahan pemain berusia 21 tahun ini tidak didedahkan kepada umum namun media Britain melaporkan The Red Devils membayar £73 juta (RM424 juta).

Jelas Sancho, dia sangat bertuah selepas Dortmund memberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama, walaupun  sedar satu hari nanti akan kembali juga ke England.

“Peluang beraksi dengan Manchester United ibarat mimpi menjadi kenyataan dan saya tidak sabar untuk peraga aksi terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL),” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading