Antarabangsa

Bekas kapten Arsenal semakin hampiri AS Roma

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seandainya menjadi kenyataan, Xhaka bakal bersama Jose Mourinho yang kini pengendali AS Roma.

ARSENAL dikhabarkan bakal kehilangan pemain tengahnya yang juga bekas ketua pasukan, Granit Xhaka apabila dia kini sedang menuju ke AS Roma.

Kontrak pemain Switzerland itu dengan Arsenal akan berakhir pada bulan Jun 2023 namun bekas bintang Borussia Moenchengladbach itu telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Stadium Emirates.

Roma berada di barisan hadapan mahu menandatangani Xhaka dengan tawaran bayaran 15 juta euro, ditambah bonus masa depan untuk dapat menarik pemain tengah berusia 28 tahun itu ke Stadio Olimpico.

Xhaka dikhabarkan telah menyetujui syarat peribadi dengan AS Roma dengan harga 2.5 juta euro dengan ditawarkan kontrak empat tahun oleh Il Giallorossi.

Jurulatih Roma yang baru, Jose Mourinho, ketika ini juga sudah menantikan kehadiran Xhaka dalam pasukannya.

Bagaimanapun Roma belum mencapai kesepakatan dengan Arsenal dimana The Gunners menuntut harga 20 juta euro .


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: