Antarabangsa

Itali tidak benarkan Eriksen bermain di Inter jika masih pakai defibrilator


Karier bola sepak Eriksen samar selepas mengalami serangan jantung.

CHRISTIAN Eriksen tidak dibenarkan beraksi untuk Inter Milan kecuali defibrilator yang dipasang dijantungnya dibuka, jelas Persatuan Bolasepak Itali.

Pemain berusia 29 tahun itu jatuh pengsan ketika aksi pembukaan Denmark bertemu Finland pada kempen Euro 2020 Jun lalu yang memaksa dia menerima rawatan kecemasan di padang sebelum bergegas dihantar ke hospital.

Dia bernasib baik kembali menjalani kehidupan normal, namun kariernya dalam bola sepak masih samar.

Ia disahkan apabila kini Eriksen memakai perentak jantung buatan (ICD) bagi memastikan deyutan jantung berada dalam keadaan normal.

Eriksen mengalami serangan jantung ketika aksi Euro 2020 Jun lalu.

Eriksen beraksi bersama kelab Inter di Itali yang tidak membenarkan pemain-pemain sama ada amatur mahu pun profesional bermain jika mereka mempunyai kaitan dengan masalah jantung.

Ahli Jawatankuasa Teknikal Saintifik Itali, Francesco Braconaro memberitahu, pemain Denmark itu perlu membuang defibrilator terlebih dahulu jika ini kembali bermain, yang membuktikan dia tidak lagi mempunyai masalah jantung.

“Secara jelasnya, Christian Eriksen tidak boleh bermain di Itali.

“Jika defibrilator pemain dibuka, dan mendapat pengesahan daripada patologi, dia boleh kembali bermain di Inter,” jelasnya kepada sebuah stesen Radio Kiss Kiss.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading