Antarabangsa

Goretzka ganti Pogba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Goretzka pemain yang menjadi sasaran Man United bagi memperkuatkan pasukan musim 2021/22.

PEMAIN tengah Bayern Munich, Leon Goretzka kini pemain terbaharu yang dikaitkan dengan Manchester United apabila kelab Liga Perdana Inggeris itu sedang memantau keadaan pemain berkenaan.

Kegagalan perjanjian baharu yang ditawarkan kelab kepada pemain berkenaan bagi mencapai persetujuan untuk kontrak baharunya menguatkan lagi kemungkinan pemain berkenaan berhijrah.

Kontrak Goretzka di Bayern akan berakhir musim panas depan dengan tawaran gaji 10 hingga 12 juta euro per tahun namun tidak memuaskan Goretzka.

Keinginan Man United membawa masuk Goretzka ada kaitan sebagai persediaan awal seandainya Paul Pogba meninggalkan pasukan.

Goretzka menyertai Bayern Munich dari Schalke pada musim panas 2018 dan telah membuat lebih dari 100 penampilan di semua pertandingan, menghasilkan 25 gol dan 27 assist.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: