Olimpik 2020

Mei Kuan-Meng Yean tak sertai acara pembukaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Beregu wanita negara bakal turun pamer aksi pertama bertemu wakil dari Indonesia.

BEREGU wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bakal menjadi wakil badminton negara pertama beraksi di gelanggang di hari pertama acara itu bermula di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini.

Mereka akan turun ke gelanggang menentang wakil Indonesia, Greysia Polli-Apriyani Rahayu bagi aksi Kumpulan A, pada pukul 9 pagi.

Berikutan itu, Mei Kuan-Meng Yean yang tampil buat kali pertama di temasya sukan terbesar dunia ini tidak akan menyertai kontinjen negara untuk acara pembukaan Sukan Olimpik pada Jumaat ini.

Ini disahkan oleh jurulatih beregu negara, Chan Chong Ming ketika dihubungi Cakap Sukan pada Rabu.

“Kita mahukan Mei Kuan-Meng Yean mendapat rehat yang secukupnya sebelum turun beraksi, jadi mereka tidak akan terlibat dalam acara pembukaan Sukan Olimpik,” katanya.

Aksi beregu negara bakal menjadi tumpuan di Tokyo.

Difahamkan, hanya juara All England, Lee Zii Jia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying sahaja akan menjadi wakil daripada skuad badminton yang akan terlibat dalam acara pembukaan.

Ini berikutan mereka dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk acara pembukaan itu.

Skuad badminton negara terdiri daripada lapan pemain dengan Malaysia menempatkan satu wakil dalam lima kategori yang dipertandingan.

Mereka ialah Zii Jia (perseorangan lelaki), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Mei Kuan-Meng Yean (beregu wanita), Liu Ying-Chan Peng Soon (beregu campuran).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: