
SUKAN Olimpik akan kembali ke Australia buat kali ketiga apabila Brisbane dipilih menjadi tuan rumah pada 2032.
Pemilihan tersebut dibuat selepas menerima undian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang berlangsung di Tokyo pada Rabu.
Keputusan tersebut disambut meriah di Brisbane selepas Ketua Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk dan rombongan delegasi Australia yang berada di Tokyo telah menandatangani kontrak dan merakam gambar bersama.
“Ini adalah hari yang membanggakan untuk Australia, tiada kesilapan dibuat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa IOC di atas keyakinan ini. Brisbane 2032 sesungguhnya satu idea yang sangat komited. Saya membuat komitmed ini untuk atlet di seluruh dunia – kami akan menyediakan sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan,” jelas Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia dan Naib Presiden IOC John Coates.
Pasukan undian yang diketuai Palaszczuk, Richard Colbeck (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Bandar Brisbane Adrian Schrinner membuat pembentangan kepada IOC sebelum ahli jawatankuasa memberi soalan berkaitan dengan kemampanan Sukan ini.
Australia sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 1956 di Melbourne dan tahun 2000 Sydney.





Add Comment