Olimpik 2020

Atlet gimnastik AS positif Covid-19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KARA kini menjalani kuarantin di hotel manakala rakan sepasukannya kembali pulang ke Perkampungan Olimpik. 

ATLET gimnastik wanita Amerika Syarikat (AS) disahkan positif Covid-19 di kem latihan Olimpik manakala seorang lagi sudah melakukan pengasingan kendiri, jelas ketua pasukan dan pegawai Jepun.

Gimnas berkenaan ialah Kara Eaker yang berusia 18 tahun dan diletakkan sebagai atlet simpanan dalam skuad yang diketuai oleh bintang sensasi mereka, Simone Biles.

Eaker melakukan pengasingan kendiri bersama seorang lagi kontak rapat dalam pasukan berkenaan, jelas bapa atlet berkenaan kepada CNN.

Beliau berkata, anaknya diuji positif di kem latihan pasukan di Inzai, bandar yang terletak 30 kilometer dari Tokyo dan tidak mengalami sebarang simptom serta sudah lengkap mengambil vaksin Covid-19.

“Kami mengesahkan bahawa atlet remaja dalam pasukan berkenaan disahkan positif.

“Seorang lagi atlet diklasifikasikan sebagai kontak rapat. Dia juga tinggal berseorangan di dalam biliknya di tempat penginapan mereka,” kata pegawai bandar Izai, Kimiya Kosaku yang bagaimanapun tidak menyebut nama Eaker.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: