Olimpik 2020

Malaysia sasar emas pertama di Olimpik Tokyo


Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MALAYSIA meletakkan sasaran tiga pingat dengan salah satunya akan membawa kilauan emas pada temasya Olimpik Tokyo 2020  yang bakal dibuka secara rasmi pada 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tiga acara sukan yang diletakkan sasaran memenangi pingat pada temasya edisi ke-16 ialah Badminton, Terjun dan Berbasikal Trek.

“Selepas mengambil kira semua pandangan dari persatuan sukan dan juga perjumpaan atlet, tiga sasaran pingat diletakkan pada Olimpik 2020 kali ini dengan salah satunya kilauan pingat emas,” jelasnya.

Reezal berkata demikian pada sidang media secara maya selepas mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pengumuman Sasaran Pingat sukan Olimpik 2020 hari ini.

Pada edisi Rio 2016, Malaysia yang diwakili oleh 32 atlet, membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa, yang juga merupakan pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik.

Sementara itu bagi kontinjen Paralimpik Tokyo 2020 pula, tiga sasaran emas untuk diraih sama seperti temasya Paralimpik di Rio 2016 lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: