Olimpik 2020

Djokovic belum pernah menang emas di Olimpik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Djokovic hanya meraih pingat gangsa dalam perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Beijing 2008.

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic yang telah memenangi tiga gelaran grand slam pada tahun ini meletakkan sasaran pingat emas buat dirinya pada temasya Olimpik Tokyo 2020.

Pada masa sama pemain kelahiran Serbia itu turut meletakkan mengidamkan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.

Djokovic tidak pernah memenangi pingat emas di Olimpik. Pencapaian terbaiknya adalah pingat gangsa dalam perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Beijing 2008.

“Olimpik dan Terbuka AS pastinya merupakan sasaran terbesar saya untuk sepanjang musim ini, dan mereka akan sangat mencabar.

“Tetapi saya penuh dengan keyakinan dan motivasi untuk mewakili Serbia dengan cara terbaik. Saya mahukan pingat di Tokyo, semoga emas, dan kemudian saya akan pergi ke Now York untuk mengungguli semuanya,” ujarnya dipetik dari Reuters.

Djokovic melupakan hasrat menarik diri demi semangat buat negara.

 

Setelah memenangi Wimbledon, Djokovic pada awalnya mempertimbangkan untuk menarik diri dari Olimpik Tokyo kerana pandemik  Covid-19  namun semangat cintakan tanah air menjadikan pemilik 20 gelaran Grand Slam memutuskan untuk pergi ke Tokyo.

“Ini didorong oleh semangat patriotisme dan perasaan saya terhadap Serbia. Saya tidak terlalu senang bermain di belakang pintu tertutup atau mengenai pelbagai sekatan yang berkaitan dengan virus korona di Jepun, tetapi mewakili negara anda di Olimpik sangat penting.

“Saya bertemu Blanka Vlasic (bekas atlet Olimpik Serbia) beberapa hari yang lalu dan dia mengatakan orang hanya akan mengingati mereka yang mendapat pingat, bukan syaratnya atau ada peminat atau tidak.

“Kata-katanya tersemat dalam fikiran saya dan akhirnya memutuskan untuk pergi ke Olimpik.

“Saya terinspirasi untuk memberikan yang terbaik dan saya yakin dapat memenangi pingat emas setelah larian yang luar biasa musim ini, ” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: