Olimpik 2020

TMJ zahir kata-kata semangat buat atlet di Tokyo


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada para atlet kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.

Menerusi laman rasmi FB HRH Crowm Prince of Johor, TMJ  yakin atlet-atlet kita mampu berdaya saing dengan para atlet negara lain di persada dunia untuk mencapai kecemerlangan.

“Seramai 30 orang atlet negara bakal bertanding dalam 27 acara yang melihatkan 10 jenis sukan.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha beliau dalam memastikan kontinjen negara dapat pergi ke Olimpik Tokyo kali ini walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang masih berterusan.

“Bersama-sama kita doakan kecemerlangan untuk atlet-atlet kebangsaan kita di Tokyo. Give it your best and make us proud! (Berikan yang terbaik dan banggakan kami).” ujarnya.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: