Olimpik 2020

Gelaran Dato’ motivasi tambahan


MENTERI Belia dan Sukan,  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi kenyatan ringkas pada akaun Facebook miliknya, Reezal mengharapkan anugerah berkenaan menjadi motivasi tambahan buat Azizulhasni di Sukan Olimpik Tokyo.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, pelumba trek berbasikal negara di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (DPMT) yang membawa gelaran Dato’.

“Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi di Olimpik #Tokyo2020 ini,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: