Antarabangsa

‘Wonderkid’ McNeill jadi fenomena di Manchester United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

McNeill diserap ke skuad utama Manchester United.

SEBELUM ini Marcus Rasford, Mason Greenwood dan terbaharu Charlie McNeill bakal menjadi pemain fenomena di Manchester United.

Manchester United yang terkenal melahirkan penyerang muda kini sekali lagi bersedia menampilkan McNeill dalam skuad utama kelab ini.

‘Wonderkid’ baharu McNeill,17, diikat dari pesaing terdekat Manchester City dengan harga  750,000 paun (RM4.3 juta) yang sebelum ini telah mengikat kontrak bersama jenama pengeluar sukan terkenal Adidas lebih sejuta paun selama enam tahun.

McNeill mengikat kontrak bersama Adidas pada 2018 selama enam tahun.

Musim pertama bersama United, McNeill telah meledak 24 gol dalam 21 penampilan bersama skuad Bawah 18 Tahun Liga Perdana.

Secara keseluruhannya, McNeill telah mengumpul 600 gol dalam aksi bersama skuad remaja.

McNeill memulakan karier remajanya bersama United sebelum bertukar ke Manchester City pada tahun 2014 sekaligus menjadi penyerang muda paling dikagumi di Eropah.

McNeill cemerlang sepanjang bersama Manchester City.

Bersama skuad bawah B-15 City, McNeill telah menjaringkan 110 gol dalam 72 perlawanan, dengan38 sebagai pembantu jaringan.

Menyedari kelebihan McNeill itu, United mengambil langkah merebut lebih awal Oktober lalu pemain ini daripada Juventus dan RP Leipzing yang turut bercadang mendapatkannya.

McNeill penyerang muda Manchester United.

Berdasarkan laporan United, pemain fenomena ini menunjukkan aksi luar biasa ketika sesi latihan bersama skuad utama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: