
MANCHESTER City kini sedang mengintai rapat penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski.
Pemain Poland berusia 32 tahun masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Allianz dengan gaji 300,000 paun (RM1.7 juta) seminggu.

City juga turut mensasarkan kapten England Harry Kane dengan tawaran 100 juta paun (RM580 juta).
Namun pengerusi Tottenham Daniel Levy menolak tawaran tersebut dan mahu Kane berada di kelab sekurang-kurang satu lagi kempen yang menjadikan City terpaksa mencari pilihan lain.

Lewandowski antara pilihan kualiti utama. Dia pernah bermain di bawah Pep Guardiola di Bayern pada musim 2014-16, menjuarai dua trofi Bundesliga dan Piala Jerman.
Bagaimana pun, City dijangka terpaksa berebut dengan Real Madrid yang dilaporkan turut berminat dengan pemain ini.

Pengurusan tertinggi kelab yakin Lewandowski akan menerima kontrak baharunya bersama Bayern tidak lama lagi.
Lewandowski merakam 41 gol sepanjang musim lalu dan turut menjaringkan tiga gol untuk Poland ketika aksi Euro 2020 baru-baru ini.





Add Comment