Antarabangsa

Jet peribadi Ramos jadi kenderaan utama keluarga ke Perancis


Ramos bersama keluarganya.

KEPUTUSAN Sergio Ramos membeli sebuah jet peribadi tahun lalu berbaloi apabila ia bakal menjadi kenderaan utama keluarga.

Pertahanan Sepanyol berusia 35 tahun itu membeli jet peribadi dengan harga 1.7 juta paun (RM9.9 juta) sebagai perniagaan sewa untuk digunakan oleh pelanggannya dengan harga 2,000 paun (RM11,600) sejam.

Namun tampaknya ianya bakal berubah kerana jet itu akan digunakan untuk pergerakan dari Sepanyol ke Perancis.

Ramos membeli jet peribadi tahun lalu sebagai perniagaan sewa.

Ini kerana, Ramos dengan rasminya telah mengikat kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain (PSG) awal bulan ini.

Sebelum ini Ramos menolak tawaran Real Madrid yang menawarkan kontrak sambungan selama setahun, sebaliknya pemain itu berminat untuk kontrak dua tahun.

Ruang mewah dalam jet peribadi milik Ramos.

Biarpun telah berpindah, Ramos tidak bersedia untuk meninggalkan keluarganya di Madrid.

Dan sudah tentu isterinya, Pilar Rubio bersama empat anak mereka akan menggunakan jet peribadi itu untuk berulang alik dari Madrid ke ibu kota Perancis yang mengambil masa lebih kurang dua jam penerbangan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: