
PELUMBA McLaren Lando Norris dilapor dirompak selepas menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi Isnin lalu.
Norris,21, dirompak selepas berakhirnya perlawanan akhir menyaksikan Itali menang menerusi sepakan penalti ke atas England, 3-2.
Ketika kejadian, Norris dilaporkan menuju ke keretanya McLaren dan kehilangan jam tangan ‘A Richard Mille’ bernilai 40,000 paun (RM232,363).
Sebelum kejadian, Norris memuat naik gambarnya berada dalam stadium di laman Instagramnya.
Susulan daripada itu, Norris masih berada dalam trauma ketakutan.

Sementara itu, keadaan di Stadium Wembley turut dilaporkan berlaku rusuhan daripada penyokong-penyokong yang tidak berpuas hati dengan tiket dan ‘bengang’ dengan kekalahan England.











Add Comment