
PENYERANG England, Marcus Rashford meluahkan rasa terkilannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi akhir Euro 2020 bertemu Itali.
Pemain Manchester United itu dibawa masuk pada minit akhir masa tambahan dan dipilih menyempurnakan sepakan penalti, namun sebaliknya berlaku.
Selain Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka turut menerima nasib sama apabila sepakan penalti mereka dapat diselamatkan penjaga gol Itali menyaksikan mereka tewas 2-3.
— Marcus Rashford MBE (@MarcusRashford) July 12, 2021
Sususlan daripada itu, komen-komen rasis dilemparkan kepada pemain-pemain ini yang menyebabkan pengurus England Gareth Southgate tampil memberitahu penderaan rasis ini tidak boleh dimaafkan.
Malah kapten The Three Lions Harry Kane juga amat berang dengan tindakan rasis ini dan memberitahu: “Kami tidak mahu anda”.
Lebih mengecewakan lagi mural Rashford di Greater Manchester turut diconteng dengan kata-kata kesat , namun telah ditutup dengan nota-nota komuniti yang memberi sokongan kepada penyerang itu.

Di laman Twitter, Rashford,23, telah memuat naik luahannya: “Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu perasaan sebenarnya buat masa ini. Syaa berdepan dengan musim yang sukar dan sesungguhnya mara ke final dengan kekurangan keyakinan diri.
“Saya selalu yakin dengan sepakan penalti tetapi kali ini seperti ada sesuatu yang tidak betul.
“Sepanjang tempoh ini saya sentiasa memberi ruang untuk diri sendiri dan sayangnya ia bukan seperti yang saya mahukan. Saya rasa telah mengecewakan rakan-rakan sepasukan. Penalti yang diminta itu adalah sumbangan untuk pasukan.

“Ia terus bermain di fikiran saya berulang kali – dan tiada perkataan yang dapat digambarkan. Akhir. 55 tahun. Satu penalti. Sejarah. Apa yang boleh saya katakan, maaf. Saya harap ia boleh berlalu dengan cara berbeza.
“Maaf ini juga untuk rakan-rakan sepasukan. ‘Brotherhood’ yang telah dibina ini dan tidak boleh dipisahkan.
“Kejayaan anda adalah kejayaan saya. Kegagalan adalah saya.”
Dalam masa itu Rashford turut komen mengenai kritikan rasis kepadanya.
“Saya boleh menerima kritikan prestasi sepanjang hari, penalti saya tidak bagus. Tetapi saya tidak boleh maafkan kepada mereka yang mempersoal di mana saya datang. Saya sangat berbangga memakai ‘tiga ekor harimau’ di dada dan melihat keluarga menyokong saya.

“Namun mesej-mesej yang saya terima hari ini dari membuatkan saya menitis air mata. Komuniti yang selalu memegang saya untuk terus saya bertahan.
“Saya Marcus Rashford,23 tahun, berkulit hitam dan Withington dan Wythenshawe, South Manchester.
“Terima kasih di atas semua kebaikan. Saya akan bangkit lebih kuat. Kami akan bangkit lebih kuat.”






Add Comment