Antarabangsa

Berrettini akui sesuatu yang ‘gila’! Final tenis Wimbledon, Euro 2020


Berrettini ke final Wimbledon buat kali pertama untuk Itali.

ITALI menjadi bualan seluruh peminat sukan global apabila dua acara sukan mereka berada di pentas akhir.

Pasukan bola sepak bakal berdepan dengan England di pentas akhir Euro 2020 awal pagi ini (Isnin) namun sebelum itu bintang tenis negara ‘Bel Paese’ itu, Matteo Berrettini melakar sejarah mara ke final Wimbledon buat kali pertama.

Djokovic mencari gelaran ke-20 Grand Slam.

Berrettini,25, bakal mengikut langkah pemain wanita No.1 Dunia Ash Barty yang juga sebaya dengannya merangkul trofi berprestij Wimbledon pada aksi akhir semalam (Sabtu).

Sebelum mara ke final, Berrettini menewaskan Hubert Hurkacz 6-3,6-0, 6-7 (7-3), 6-4 sebelum menikmati langkah julung kalinya ke pentas bermakna itu.

Berrettini bakal berdepan dengan pemain No.1 Dunia Novak Djokovic malam ini, pukul 9 malam.

 

“Saya akan memberitahu mereka (penyokong Itali) supaya membeli TV (sekiranya tiada) kerana ia akan menjadi hari Ahad yang paling istimewa.

“Ia sesuatu yang ‘gila’ untuk percayakannya, terutama untuk tenis kerana ia belum pernah berlaku (Wimbledon). Jadi tiada siapa yang menjangkakannya, begitu juga saya.

Pasukan bola sepak Itali turut di pentas akhir Euro 2020 bertemu England awal pagi Isnin.

“Selepas itu, bola sepak. Kami tidak layak ke Piala Dunia (2018), jadi mereka terus berusaha dan bekerja keras… dan mereka berhak layak ke final Euro 2020,” ujarnya.

Tambah Berrettini, dia akan menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu sebelum akan menonton perlawanan akhir Euro sekiranya berpeluang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: