Antarabangsa

Messi terharu usaha peminat usia 100 tahun tulis perincian gol


LIONEL Messi terharu selepas mengetahui seorang lelaki berusia 100 tahun menulis perincian gol yang dilakukannya.

Hernan peminat setia Messi mengambil masa bertahun mencatat jaringan gol yang dilakukan bintang Barcelona dan kapten Argentina itu.

Sebelum ini, cucu Hernan berkongsi tradisi datuknya itu dalam satu video yang dimuat naik di Instagramnya.

Messi turut menonton video tersebut dan terharu dengan usaha Hernan itu.

Susulan itu, Messi turut panggilan video kepada Hernan untuk mengucap terima kasih dan penghargaan.

“Hi Hernan! Jelas sekali selepas mendengar cerita anda, saya rasa ia sangat ‘gila’ apabila anda merekodkan setiap jaringan gol dengan cara begitu.

“Saya ingin memberi pelukan kepada anda dan terima kasih untuk kerja yang telah anda buat, menjejaki gol dan saya harapkan semoga anda  terus berjaya. Jumpa nanti!”, jelasnya dalam satu panggilan video kepada Hernan.

Hernan mencatat termasuk tarikh, pasukan lawan dan jumlah gol yang dilakukan oleh Messi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: