Antarabangsa

MU berdepan tekanan lebih besar musim 2021/22

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rooney akui MU bakal berdepan cabaran sengit dari pesaing lain.

BEKAS penyerang Manchester United, Wayne Rooney meramalkan bekas pasukannya itu akan mengalami tekanan yang lebih besar musim depan dengan pengharapan untuk memenangi lebih banyak gelaran kejuaraan.

Menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris 2020/21  ditempat kedua dengan sebelum itu  menamatkan musim di tempat keenam dan ketiga dalam dua musim sebelumnya.

Musim 2021/2022, pastinya menghadirkan aura berbeza dan harapan yang lebih besar, terutama dengan kelab yang membawa rekrut, Jadon Sancho.

“Saya rasa akan ada banyak tekanan, yang seharusnya ada di Manchester United. Sancho akan datang, mereka dikhabarkan akan membawa beberapa pemain lagi.

“City, Chelsea pemenang Liga Juara-Juara, Liverpool, ada beberapa pasukan yang sangat bagus. Tetapi anda dapat melihat Manchester United bertahan dengan lebih baik.

“Saya rasa mereka akan berada di posisi di mana mereka akan benar-benar mencabar musim depan,” tegasnya.

Selain Sancho, MU juga dikhabarkan bakal membawa masuk beberapa pemain baharu.

 

Mengenai Sancho pula, Rooney tidak ragu mengenai potensi pemain berusia 21 tahun untuk memberikan sumbangan besar kepada pasukan.

Bersama Borussia Dortmund, Sancho menghasilkan 50 gol dan 64 assist dalam 137 penampilan di semua pertandingan.

“Dia menjaringkan gol, mencipta gol, jadi saya rasa ini adalah tandatangan yang sangat baik,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: