
PEMAIN tengah Leeds United, Kalvin Phillips pemain yang paling sesuai dan tepat untuk menggantikan Giorginio Wijnaldum yang telah secara rasmi menyertai Paris Saint-Germain.
Tentunya The Reds kini berusaha mencari pengganti Wijnaldum sebelum musim bermula dan Phillips dianggap sesuai untuk gaya bermain dibawah kendalian Jurgen Klopp.
Bekas pemain Arsenal, Perry Groves percaya Phillips adalah orang yang tepat untuk menggantikan Wijnaldum.
“Phillips sesuai dengan Liverpool kerana dia memiliki kemampuan untuk menekan dan melepaskan hantaran panjang yang sangat bagus.
“Ketepatan umpan sememangnya senjata utama dimiliki pemain ini, begitu sesuai dengan Liverpool, “jelasnya.
Pemain tengah berusia 25 tahun itu kelihatan menawan dengan Leeds di Liga Perdana musim lalu. Sekiranya dia tidak cedera, peranannya hampir pasti akan diganti di bahagian tengah pasukan Marcelo Bielsa.

Persembahannya yang sempurna diteruskan ke Euro 2020 dengan berjaya membawa England ke final sebelum tewas kepada Itali menerusi penalti.
Jika ia menjadi kenyataan Liverpool perlu menghabiskan banyak wang untuk membawa Phillips ke Anfield kerana Groves mengatakan bahawa Phillips boleh menelan belanja sebanyak £ 100 juta.





Add Comment