
BINTANG Manchester City, Ferran Torres mengisi percutian dengan melakukan kerja amal apabila bekerjasama dengan kanak-kanak lelaki tempatan untuk mengutip sampah di pantai di negeri kelahirannya, Valencia.
Menurut Daily Mail, Ferran Torres terlibat dalam aktiviti kem bola sepak kanak-kanak Foios.
Bekas pemain Valencia itu bermain dan bersenang-senang dengan budak lelaki berusia 5-16 tahun.
Tidak hanya bermain bola sepak, Torres juga membawa anak-anak ke pantai bandar. Di sana, dia memimpin 40 anak dalam khidmat masyarakat membersihkan sampah yang bertaburan di pantai.
Torres dan anak-anak membersihkan sampah dikawsan pantai hingga 13 beg plastik penuh.
Kegiatannya dikongsi dengan peminat melalui akaun media sosialnya.








Add Comment