Antarabangsa

Pogba tinggalkan United untuk sertai PSG

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pogba dikhabarkan bakal menyertai PSG.

MANCHESTER United bakal kehilangan Paul Pogba secara percuma selepas pemain Perancis berkenaan masih belum memutuskan untuk menandatangani kontrak baharu.

Pogba masih memiliki kontrak selama 12 bulan dengan gaji 290,000 pound (RM1.6 juta), namun dia kini dilihat cenderung untuk mencari angin baharu.

Sekiranya keadaan tidak berubah, Pogba secara automatik akan bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab pada Januari 2022.

Setakat ini, pemain berusia 28 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk Paris St. Germain, yang secara intensif membawa pemain teratas dunia.

Man United pastinya tidak mahu Pogba pergi secara percuma jadi perbincangan mengenai kontrak baru kemungkinan akan disambung semula.

Pogba menunjukkan prestasi yang cukup baik musim lalu bersama Manchester United menjadi nadi utama dibahagian tengah dengan 42 penampilan dan menyumbang enam gol ditambah sembilan assist di semua pertandingan.

Pada Euro 2020 pula, Pogba menjaringkan satu gol dan satu assist dalam empat penampilan walaupun Perancis mengejutkan berhenti di pusingan 16.

Manchester United sendiri kelihatan lebih serius membina skuadnya musim panas ini. United baru sahaja mengesahkan perpindahan Jadon Sancho dan dipercayai akan mendatangkan bek tengah Raphael Varane dari Real Madrid dan bek kanan England, Kieran Trippier dari Atletico Madrid.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: