EURO 2020

Perlawanan yang sukar buat kami


PERTAHANAN kental Itali, Leonardo Bonucci menyifatkan aksi separuh akhir Kejuaraan Eropah 2020 bertemu Sepanyol pagi tadi merupakan aksi tersukar yang pernah dihadapinya.

Tegasnya, ia adalah perlawanan tersukar pernah saya hadapi namun tetap memuji aksi yang dipamerkan lawan.

“Tahniah kepada Sepanyol atas apa yang ditunjukkan mereka, namun sekali lagi Itali menunjukkan semangat dan keazaman untuk mengharungi detik sukar dan penalti berpihak kepada kita.

“Kemenangan yang diperoleh dengan kesukaran adalah paling bermakna untuk dinikmati,” jelasnya.

Pada aksi yang berlangsung pagi tadi, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 hasil jaringan Federico Chiesa (Itali) dan Alvaro Morata (Sepanyol) dan kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Kemenangan nyata memihak Itali apabila sepakan penalti yang diambil pemain Sepanyol menerusi Manuel Locatelli dan Morata diselamatkan penjaga gol Itali sementara percubaan Dani Olmo melambung tinggi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading