Bola Sepak

MFL miliki perancangan seandainya PKPD dilanjutkan


Dato’ Ab Ghani Hassan

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memiliki mekanisma dan perancangan bagi memastikan saingan Liga Malaysia 2021 khususnya membabitkan pasukan yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berjalan mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Berdasarkan perancangan sebelum ini, saingan Liga Premier yang dijadualkan berlangsung semalam terpaksa dipinda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan manakala saingan Liga Super pula dijadualkan bermula 24 Julai nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, ketika ini semua pasukan menjalani latihan berpusat mengikut Model Gelembung Sukan secara Camp Base Training selaras SOP yang dikeluarkan oleh MKN.

“Buat masa ini  beberapa kawasan di Selangor dan ibu negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 16 Julai nanti.

“Seandainya disambung lagi pastinya pasukan Selangor, Petaling Jaya City dan Kuala Lumpur City turut berdepan dengan situasi ini yang menghadkan pergerakan mereka untuk keluar bertandang ke tempat lawan.

“Semua ini akan kami perhalusi dan mengadakan perbincangan awal mengikut garis panduan ditetapkan MKN untuk menentukan langkah dan mekanisma seterusnya jika PKPD dilanjutkan,” jelasnya dihubungi CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading