Antarabangsa

Magis Messi pacu kemaraan Argentina

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

LIONEL Messi menjaringkan satu gol dan mencipta dua assist ketika Argentina terus berusaha untuk mengakhiri penantian gelaran Copa America 28 tahun mereka dengan kemenangan sensasi 3-0 ke atas Ecuador di Goiania, sebentar tadi.

Bintang Barcelona yang berstatus pemain bebas itu menunjukkan ketenangan untuk Rodrigo De Paul menyumbat gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-40.

Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging pihak lawan apabila hantarannya kepada Lautaro Martinez – untuk gol keduanya dalam dua perlawanan – sebelum dia menambah satu gol dengan sepakan percuma yang hebat pada hujung masa tambahan.

Kemenangan itu memastikan rekod Argentina tidak tewas dalam 18 perlawanan di bawah ketua jurulatih Lionel Scaloni. Menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah Colombia yang berjaya menamatkan cabaran liat Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: