Antarabangsa

Ospina bantu Colombia kembali ke separuh akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

COLOMBIA berjaya melangkah ke separuh akhir Copa America 2021 setelah mengalahkan Uruguay dalam penentuan penalti di Estadio Nacional de Brasilia.

Bintang Napoli, dan bekas penjaga gol Arsenal, David Ospina terbukti menjadi pahlawan perlawanan sebentar tadi ketika dia menyelamatkan dua penalti untuk membantu negaranya mara ke fasa empat terakhir buat pertama kalinya sejak 2016.

Kedua-dua pasukan kebuntuan tanpa gol dan serangan tanpa henti yang menyaksikan kedua penjaga gawang, Ospina dan Uruguay, Fernando Muslera menikmati malam yang agak tidak lancar.

Federico Valverde hampir meletakkan Edinson Cavani di depan gawang yang terbuka dengan bola melalui dari sayap kanan pada 42 minit tetapi Yerry Mina berjaya menghalang.

Colombia cuba menekan tiga minit kemudian apabila rembatan Duvan Zapata dari sudut yang sukar diselamatkan oleh Muslera dan rembatan Luis Muriel melambung selepas itu.

Separuh masa kedua lebih menarik dengan Nahitan Nandez melancarkan percubaan melengkung dari sayap kanan yang memaksa aksi penyelamatan dari tangan kanan Ospina, pada minit ke-50.

Colombia kemudian melakukan serangan  dan hampir membuahkan hasil ketika Santos Borre melakukan hantaran lintang dari sayap kanan, namun tandukan Zapata ditolak oleh kaki kanan Muslera.

Image

Sepakan penalti diambil Zapata, Davinson Sanchez, Mina dan Miguel Borja semuanya menerjah jaring yang gagal diselamatkan Muslera.

Manakala, Edinson Cavani dan Luis Suarez mudah menolak masuk penalti tetapi dua sepakan Jose Gimenez dan Matias Vina ditepis Ospina dan membawa negaranya ke separuh akhir.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: