Antarabangsa

Brazil yakin baham Peru

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Brazil's Neymar receives the ball from a Chilean player during a Copa America quarterfinal soccer match at the Nilton Santos stadium in Rio de Janeiro, Brazil, Friday, July 2, 2021. (AP Photo/Bruna Prado)

BRAZIL secara matematiknya mudah mengatasi cabaran Peru pada pertembungan separuh akhir Copa America 2021 di Stadium Olympic awal pagi esok.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi peringkat Kumpulan B, menyaksikan Peru dibelasah Seleção 4-0 dua minggu lalu.

Pemenang akan bermain di final pada Ahad di Stadium Maracana yang bersejarah menentang sama ada Argentina atau Colombia, yang akan berlangsung pada pagi Rabu ini.

“Sudah jelas kami adalah pilihan untuk berada di halaman sendiri, tetapi kami perlu tahu bagaimana menghadapinya,” kata pemain tengah Brazil, Fred dalam satu sidang akhbar pada hari Ahad.

“Pemain mahu menjalani perlawanan bersama Brazil. Yang terakhir (menewaskan Chile 1-0 di suku akhir) adalah sukar, tetapi yang berikutnya akan menjadi lebih sukar. Peru akan termotivasi, berusaha untuk menang, itu akan menjadi pertandingan hidup mati mereka.”

Brazil dan Peru bermain di final Copa America 2019, dengan tuan rumah Brazil menang 3-1 dihadapan hampir 70,000 peminat. Perlawanan esok pula akan dimainkan tanpa peminat kerana wabak COVID-19 !

Dua penyerang utama tidak akan bermain di separuh akhir. Gabriel Jesus dari Brazil dan André Carrillo dari Peru (menentang Paraguay) disisihkan semasa suku akhir. Pemain Brazil, Everton, salah satu pencetak gol terbanyak pada edisi Copa America 2019, dan veteran Christian Cueva akan mengambil tempat.

Brazil mara ke separuh akhir setelah menang dengan beraksi 10 pemain hampir sepanjang separuh masa kedua menentang Chile.

fbl-2021-copa-america-per-par-3

Manakala, Peru yang pulih dari kekalahan 4-0 menentang tuan rumah dengan menewaskan Colombia dan Venezuela dan berjaya seri dengan Ecuador. Mereka mara ke separuh akhir menerusi penalti setelah seri 3-3 dengan Paraguay.

“Kami akan memiliki kesempatan untuk menghadapi Brazil dan memperbaiki semua perkara yang salah pada pertandingan pertama,” kata pelatih Peru, Ricardo Gareca. “Brazil terus menjadi pasukan yang sangat kuat, Brazil sangat bagus. Pasukan kami juga bertambah baik.”

Alex Sandro, Neymar, Everton Ribeiro dan Richarlison menjaringkan gol untuk Brazil semasa menentang Peru.

Peru akan menyandarkan kepada penyerang Gianluca Lapadula, menggantikan pencetak gol terbanyak sepanjang masa, Paolo Guerrero yang terlepas kejohanan kerana kecederaan lutut.

Brazil sekali lagi akan bergantung pada Neymar, pemain terbaiknya dalam kejohanan setakat ini, yang menyelesaikan misi pertembungan menentang Chile dalam keadaan keletihan, bersama dengan dengan rakan sepasukannya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: