
UKRAINE menempah slot ke aksi suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Sweden 2-1.
Pengurus pasukan Andriy Shevchenko memberitahu pasukannya tidak gentar dengan lawannya di saingan suku akhir England yang telah menewaskan Jerman 2-0.
“England sebuah pasukan yang hebat. Mereka mempunyai barisan jurulatih yang luar biasa dan kami menyedari perlawanan bakal menjadi sengit.

“Kami menonton tiga perlawanan sebelum ini, tetapi bukan ketika mereka (England) menentang Jerman kerana kami dalam persiapan untuk berlawan (Sweden). Tetapi saya tahu mereka (Jerman) sangat sukar untuk menjaringkan gol, dan ia tidak merisaukan kami.
“Ia sepatutnya menjadi motivasi kepada kami kerana dalam bola sepak semuanya boleh berlaku seperti juga dengan kehidupan. Kami akan bermain sepenuh hati dan memberi kegembiraan kepada penyokong,” jelasnya.
Sementara itu ‘Man of The Match’, Oleksandr Zinchenko yang menjaringkan gol pertama Ukraine dan sebagai pembantu gol kedua mendedahkan rakan sepasukannya dalam Manchester City, Raheem Sterling telah menjaringkan tiga gol bagi kempen Euro kali ini.

“Sterling salah seorang pemain sayap terbaik di dunia dan sekarang dia melakukan kelainan untuk England.
“Kami perlukan yang terbaik di bahagian pertahanan untuk menghalangnya tetapi ia mungkin sukar kerana dia dalam pretasi terbaik,” katanya.











Add Comment