EURO 2020

Switzerland lakar kejutan


Barisan pemain Switzerland meraikan kejayaan mara ke pentas suku akhir selepas menewaskan Perancis.

SWITZERLAND melakar kejutan dalam saingan Euro 2020 apabila menewaskan Juara Dunia 2018 Perancis, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi di National Arena Bucharest, awal pagi tadi.

Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer muncul wira pasukan selepas berjaya menafikan sepakan penalti kelima Perancis yang diambil Kylian Mbappe untuk menempah pertemuan dengan Sepanyol di suku akhir pada 2 Julai ini.

Deretan peluang terhidang dalam aksi sebenar yang disia-siakan selain kegagalan ayam tambatannya, Mbappe menjadi punca utama kekalahan pasukan ranking kedua dunia itu selain kegagalan pemain yang menjadi rebutan Liverpool menyempurnakan sepakan penalti terakhir pada penentuan tersebut.

Pada aksi terbabit, Switzerland terlebih dahulu didepan hasil gol awal melalui tandukan Haris Seferovic yang menerima hantaran lintang daripada Steven Zuber pada minit ke-15.

Skuad bimbingan Didier Deschamps itu juga hampir melepaskan gol kedua tetapi penjaga golnya, Hugo Lloris bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti daripada pemain pertahanan Switzerland, Ricardo Rodriguez.

Benzema turut meledak dua gol memadam kelebihan jaringan pasukan lawan.

Perancis berjaya memperolehi dua gol pantas dalam tempoh dua minit melalui Karim Benzema (m-57 dan m-59) untuk berada dihadapan.

Kemenangan seakan-akan sudah menjadi milik Perancis selepas Paul Pogba meledak gol ketiga menerusi sepakan lencong menarik daripada luar kotak penalti pada minit ke-75.

Namun  Switzerland memperagakan kebangkitan bergaya dengan dua gol lewat permainan daripada Seferovic (m-81) dan Mario Gavranovic (m-90)  menyamakan kedudukan 3-3 untuk memastikan mengheret perlawanan hingga tambahan masa dan seterusnya pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pentas Suku Akhir akhirnya menjadi milik barisan pemain Vladimir Petkovic apabila Sommer berjaya menafikan sepakan penalti kelima Perancis yang diambil Mbappe.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading