Basikal

KBS belum terima surat rasmi


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI (FOTO)

TIADA sebarang maklumat mahupun keputusan  diterima Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei yang dikatakan tidak akan menyertai kontinjen negara ke temasya sukan terbesar dunia itu yang berlangsung bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, khabar mengenai keputusan Chong Wei tidak dimaklumkan kepadanya dan menyerahkan perkara itu kepada MOM untuk diteliti.

Katanya, dia  sering berhubung dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengenai perkembangan kontinjen negara menjelang Sukan Olimpik Tokyo.

“Dan kelaziman dalam soal cdm (chef de mission) the call is by OCM and OCM normally come to me, tapi pada waktu ini maklumat itu belum lagi sampai, belum lagi dimaklumkan kepada saya tentang kedudukan Chong Wei atau pun kalau ada sebarang possible changes yang akan berlaku.

“So i leave it entirely kepada MOM,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir skuad berbasikal trek negara ke Sukan Olimpik di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, hari ini.

Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali dilaporkan tidak akan menyertai atlet negara ke Tokyo susulan faktor kesihatan.

Dalam perkembangan berlainan, Reezal memaklumkan dua atlet iaitu jaguh dunia Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom menunjukkan keazaman tinggi dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

“Saya yakin dengan persiapan, dengan bantuan jurulatih John Beasley dan pembantu beliau, bahawa atlet berbasikal trek negara yang akan mewakili Malaysia ke Olimpik nanti terutama dalam acara keirin dan pecut, bakal memberi satu harapan kepada kita,” katanya.

Reezal dari jauh turut sempat memberikan kata-kata semangat kepada Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus yang berada dalam gelembung sukan ketika ini.

“Saya kata fight on, that’s what the famous mantra of Japanese, Gambate, so this is a spirit you need to bring to Tokyo,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: