Bola Sepak

Penggunaan VAR hanya bermula diperingkat suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk Windsor Paul John

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEKALAHAN tipis Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil gol kontroversi yang diraih Nagoya Grampus pada aksi  Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi nyata menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya kedudukan Ryogo Yamasaki yang dikatakan berada dalam posisi ofsaid.

Gol kontroversi berkenaan dihasilkan pada minit ke-61 melalui Hiroyuki Abe yang disahkan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan yang membawa kekalahan tipis 0-1 wakil dari Malaysia itu.

Lantas timbul persoalan dari peminat dan pemerhati bola sepak seharusanya penggunaan sistem ‘Video Assistant Referee’ (VAR) digunakan dalam kejohanan berprestij seumpama ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata kepada CAKAPSUKAN, penggunaan sistem VAR dalam kejohanan ini hanya akan digunakan bermula peringkat kelompok lapan pasukan terbaik.

“Penggunaan VAR dari peringkat suku akhir dan telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa AFC,” jelasnya.

Untuk rekod, secara asas, VAR digunakan untuk empat perkara membabitkan jaringan gol, sepakan penalti, kad merah, dan untuk memastikan pengadil tidak keliru dengan identiti pemain.

Statistik perlawanan kedua-dua pasukan malam tadi.

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: