Bola Sepak

Mimpi SR8 jadi kenyataan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengalaman Safiq pastinya ditagih menjelang aksi menentang Nagoya Grampus malam esok.

PEMAIN berpengalaman Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim menganggap aksi pertama pasukan dalam pentas Liga Juara -Juara AFC menentang Nagoya Grampus dari Jepun umpama mimpi jadi kenyataan.

Meraih banyak kejayaan bersama JDT bermula 2013 hingga 2018 sebelum berehat seketika dan kembali semua menyertai Harimau Selatan, pemain yang sinonim dengan jersi bernombor 8 ini ternyata teruja pada aksi eprtama menetang lawan malam esok.

“Bersaing di Liga Juara-Juara AFC seolah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Ini sesuatu yang sentiasa ingin saya lakukan sepanjang karier saya dalam kelab dan ini akan menjadi yang pertama bagi saya.
“Ini akan menjadi salah satu detik terbaik dalam karier saya kerana ia merupakan peringkat tertinggi pertandingan kelab Asia.
“Saya harap dapat memberikan yang terbaik, yang paling baik untuk pasukan terutama bos saya, untuk JDT, dan semoga kita dapat memperoleh beberapa keputusan yang baik dan mencapai apa yang kita mahukan dalam edisi ini. ” ujarnya kepada AFC.
Pemain tengah JDT itu juga menjangkakan setiap perlawanan akan sengit dan menggesa pasukannya untuk berada pada tahap terbaik sepanjang masa.
Barisan pemain JDT menjalani latihan sebagai persiapan pertama malam esok.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: