Bola Sepak

“Bola sepak milik rakyat bukan individu… Bersediakah TMJ menerima kritikan ‘kejam’ daripada peminat bola sepak?”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dr Pekan memberitahu bola sepak adalah milik rakyat dan bukannya milik individu.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

CADANGAN pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengambil alih pemilihan pemain skuad kebangsaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menjadi bualan seluruh peminat bola sepak tanah air.

Bagaimana pun bagi pemerhati dan penganalisis sukan tanah air, Dr Pekan Ramli memberitahu bahawa beliau menghormati kehendak Tunku Ismail itu, tetapi perlu melihat beberapa perkara secara keseluruhannya.

“Kita semua tahu, FAM adalah sebuah persatuan yang dibentuk untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bola sepak negara ini. Jadi segala tanggungjawab untuk membangun, memaju dan menguruskan hala tuju bola sepak adalah tanggungjawab FAM dan bukannya individu.

“Kita percaya FAM mempunyai pandangan yang paling tepat untuk memutuskan sama ada cadangan tersebut sesuai atau tidak kerana wujudnya persatuan ini adalah untuk bola sepak negara keseluruhannya.

“Kita berharap FAM dapat membentuk satu jawatankuasa untuk berbincang mengenai perkara ini dan melihat secara timbal balas keputusan dari pelbagai sudut sama ada negatif atau positif,” kongsinya kepada CakapSukan.

Tunku Ismail berminat untuk mengambil alih pemilihan pemain skuad negara. Foto: JDT

Jelas Dr Pekan, keputusan yang akan dibuat itu perlu melihat dua faktor utama.

Kedudukan sebagai kerabat

“Pertama, kedudukakan Tunku Ismail secara individu sebagai pemilik sebuah kelab bola sepak dan kedua menilai beliau adalah seorang kerabat diraja.

“Sebagai seorang kerabat, kita melihat beliau apabila membimbing pasukan kebangsaan seperti mana beliau menguruskan kelabnya. Situasi yang berbeza di sini kerana persoalannya adakah beliau sudah bersedia dengan tohmahan, kritikan  atau teguran ‘kejam’ peminat bola sepak negara atau netizen di laman sosial? Ini kerana bola sepak kebangsaan adalah milik rakyat.

“Jika beliau tidak bersedia, kita pastinya simpati kerana kedudukannya sebagai kerabat yang akan akhirnya memberi kekecewaan dan marah atau mungkin dendam dengan dan pastinya ia tidak baik dengan pembangunan bola sepak negara.”

Pencapaian cemerlang kelab

“Tidak dinafikan Tunku Ismail telah membawa kelab JDT berada dalam kelompok terbaik di peringkat Asia dengan kejayaan yang dilakarnya.

“Tetapi ini bukan jaminan ini apabila meguruskan pasukan pasukan kebangsaan kerana kita perlu melihat beberapa sentimen penting yang kadang-kala boleh menjuruskan kepada isu-isu conflict of interest dan juga personal interest.

“Kita percaya Tunku Ismail boleh implement apa yang dilakukan dalam JDT, tetapi bagaimana kaedah itu boleh diguna pakai dalam skuad kebangsaan?.

“Secara peribadi, saya yakin dengan statusnya pemilik kelab yang berjaya, TMJ sangat sesuai untuk dilantik sebagai penasihat kepada pengurusan pasukan kebangsaan berdasarkan pengalaman beliau menguruskan pasukan JDT,” ujarnya.

Untuk rekod, sebelum ini Tunku Ismail meminta kebenaran Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk mengambil alih tampuk pemilihan pemain kebangsaan selepas menyaksikan prestasi hambar pada saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang berakhir minggu lalu.

Namun Hamidin menjelaskan bahawa perkara tersebut perlu diperhalusi sebaiknya kerana FAM sebagai badan induk bola sepak negara mempunyai tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat asesuatu keputusan atau ketetapan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: