EURO 2020

Bagaimana Kerajaan Hungary pastikan Puskas Arena penuh ketika saingan Euro 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: AFP

Oleh: JJFIRDAUS

RAMAI peminat bola sepak tempatan yang cemburu melihat bagaimana gembiranya rakyat Hungary menyaksikan perlawanan bola sepak dengan kapasiti penuh dan tanpa pelitup muka di Stadium Puskas Arena.

Mengapa perkara ini terjadi sedangkan banyak lagi negara masih berada dalam keadaan ‘lockdown’ ekoran penularan pandemik Covid-19.

Ini adalah inisiatif Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban yang mahu menjadikan Kejohanan UEFA Euro 2020 sebagai lambang kejayaan melawan Covid-19.

Setelah mengetahui bahawa kejohanan ini ditunda ke 2021, Viktor Orban mengarahkan pemberian vaksin secara pantas dan menyeluruh kepada semua rakyat Hungary.

Ini bagi memastikan Hungary mampu menganjur segala kejohanan bola sepak kelolaan UEFA sekaligus menjana ekonomi negara melalui sukan.

Mengikut data, lebih 55% rakyat Hungary sudah divaksin dengan 44.6% dari itu sudah lengkap divaksin dua dos. Hasilnya, angka jangkitan Covid-19 turun mendadak dan rakyat dibenarkan untuk kembali menjalani kehidupan normal.

Walaubagaimapun, setiap penonton yang hadir ke stadium masih perlu menunjukkan keputusan ujian calitan sebelum dibenarkan masuk ke stadium.

Ini adalah langkah yang cukup baik oleh kerajaan Hungary. Hanya vaksinasi menyeluruh sahaja yang dapat membawa keluar sesuatu negara dari pandemik ini.

Bukan itu sahaja, ekonomi juga berjaya dibuka dan kehidupan normal dapat dinikmati semula. Diharap negara kita bakal mengikut jejak langkah Hungary dari sudut pemberian vaksin ini.

Kini ada desas-desus menyatakan London bakal kehilangan hak penganjuran perlawanan separuh akhir dan akhir kerana angka jangkitan yang semakin meningkat.

Bandar mana yang menjadi sebutan sebagai pengganti? Budapest, Hungary adalah jawapannya. Nampaknya inisiatif Perdana Menteri Hungary sangat berbaloi dan berjaya menjana ekonomi negaranya melalui sektor sukan. Beruntunglah mereka!.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: