Bola Sepak

Masalah kebuntuan jaringan MUFC bakal selesai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adriano dan Gomes kini jadi taruhan MUFC untuk merobek gawang lawan.

PEMAIN tengah Melaka United FC, S. Kumaahran yakin kehadiran dua pemain import baharu dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo bersama pasukan dapat menyelesaikan masalah dibahagian hadapan.

Lantas baginya, dia menggharapkan rakan sepasukan baharunya itu perlu segera membentuk keserasian terbaik sebelum liga kembali bersambung 24 Julai nanti.

“Kami semua pun belum berpeluang untuk berjumpa lagi kerana masing-masing berlatih sendiri di rumah, jadi Sabtu ini baru kita akan menjalani latihan bersama.

“Apa yang perlu kita fokus adalah untuk mencari keserasian dan komunikasi antara satu sama lain juga cukup penting, jadi tidak boleh la kalau hari pertama latihan, kita buat tidak tahu atau tidak bercakap sesama sendiri.

“Untuk saya, ini bukan pasal kelemahan, tetapi kekurangan yang ada dalam pasukan kami iaitu tiada penyudah berkesan, jadi kita kena lebih bekerja keras kerana kita tidak boleh kehilangan mata lagi, kena pastikan menang selepas ini”, jelasnya.

S. Kumaahran yakin pemain baru yang dibawa masuk mampu memberikan impak buat pasukan.

Dalam perkembangan sama, Kumaahran yang kerap membarisi kesebelasan utama bertekad untuk terus memburu jaringan peribadi selepas setakat ini telah meledak tiga gol dalam 11 perlawanan.

Dia secara peribadi merasakan prestasinya masih belum di tahap memuaskan dan mahu mencapai momentum yang lebih baik di sebalik prestasi tidak menentu pasukan ketika ini.

“Saya sendiri pun memang kena perbaiki banyak benda lagi dan itu yang saya tengah usahakan untuk memastikan prestasi yang lebih baik, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk pasukan juga.

“Saya juga ada sasaran sendiri untuk memburu lebih banyak jaringan, dan macam mana pun, kita kena guna tempoh masa yang ada ini untuk cari balik semangat baharu”, tambahnya.

Melaka United ketika ini berada di tangga kedua tercorot liga selepas mencatat 11 mata secara keseluruhan.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu akan memasuki latihan secara Camp Based Training pada Sabtu ini dan perlu menggunakan tempoh masa lebih kurang satu bulan ini untuk mengkaji semula kekurangan pasukan selepas hanya memperoleh tiga kemenangan sahaja daripada 13 perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: