Bola Sepak

Berita gembira buat King Of Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Safuwan (tengah) dijangka memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga M kembali bersambung Julai nanti. (Foto : FB SelangorFC)

JENTERA tengah Gergasi Merah Kuning dijangka kembali mantap selepas kembalinya, Safuwan Baharudin bersama pasukan bulan depan.

Pemain kelahiran Singapura ini yang juga mampu beraksi selaku pertahanan kembali ke Malaysia dalam minggu ini selepas menjalani rawatan pemulihan ‘cerebral concussion’ di Singapura.

Kecederaan berkenaan dialaminya sewaktu menentang PJ City FC dalam saingan Liga Super 2021 pada awal Mei yang lalu, selepas mengalami hentakan di kepala ekoran pertembungan dengan pemain lawan.

Beliau terus dibawa ke Hospital Ara Damansara selepas dikeluarkan dari permainan untuk mendapatkan imbasan tomografi komputer (computer tomography) dengan diiringi Dr. Vijayan (doktor pasukan) dan Helber Richard (fisioterapi pasukan) untuk memastikan tiada kecederaan yang lebih serius.

Selepas pemeriksaan, Safuwan disahkan tidak mengalami kecederaan di otak dan hanya perlu menjalani rawatan simptomatik dalam beberapa bulan sehingga beliau pulih sepenuhnya.

Kecederaan itu juga telah membuatkan beliau terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi bersama The Lions untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pusingan kedua AFC dan Piala Asia 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Dr. Vijayan lagi, Safuwan telah menjalani sesi pemulihan dengan baik di Singapura dan beliau dijangka akan kembali berlatih bersama pasukan pada bulan Julai ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: