Bola Sepak

Kenapa Safawi minta maaf?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Safawi menjaringkan gol tunggal ketika aksi bertemu Thailand Rabu lalu di Dubai. Foto: FAM

PENYERANG Harimau Malaya, Safawi Rasid tampil memohon maaf berikutan tindakannya selepas menjaringkan gol ketika menentang Thailand Rabu lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu membuat gaya seolah-olah seperti menekan papan kekunci telefon bimbit dan menekap jarinya dimulut seperti menyuruh ‘diam’ dalam kata lain seperti memperli netizen yang mengkritiknnya.

Ternyata tindakannya itu mengundang rasa ‘bengang’ penyokong-penyokong bola sepak tanah air yang tetap setia mengikuti perkembangan skuad negara ketika kempen Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

“Alhamdullilah syukur, terima kasih pada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami. Saya minta maaf atas ‘celebration’ yang tak menyenangkan itu, perkara tersebut tidak akan berulang lagi, minta maaf sekali lagi,” tulis Safawi di Insta Story miliknya.

Rata-rata penyokong yang menyaksikan perlawanan itu menganggap Safawi agak ‘over’ meraikan jaringan sepakan penalti yang memberi kemenangan kepada pasukan Harimau Malaya.

Sepanjang kempen berlangsung, Safawi dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar dan agak ‘tenggelam’ dengan pemain-pemain lain di barisan hadapan.

Sebagai rekod, skuad negara menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga dengan mengumpul 12 mata selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Thailand, dan tewas ketika bertemu juara kumpulan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan naib juara  juga Vietnam.

Pasukan Malaysia layak ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka berlangsung pada Mac 2022.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: