Bola Sepak

Belum puas bersama Penang FC, KUFC jadi medan bukti kemampuan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zafuan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya tujuh gol mampu dilaksanakan bersama KUFC.

PENYERANG baharu Kelantan United FC, Zafuan Azeman mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan bersama bekas majikannya, Penang FC .

Lantas pemain berusia 22 tahun ini mensasarkan untuk meledak sekurang-kurangnya tujuh gol pada musim ini bagi membantu pasukan baharunya itu mencatat kemenangan.

Zafuan sebelum ini bergelut untuk mendapat minit permainan yang lebih lama ketika berada di bawah bimbingan Thomas Trucha apabila hanya sempat membuat tiga penampilan sebagai pemain gantian.

Zafuan yang pernah beraksi bersama kelab Divisyen Tiga Thailand, Anthong FC ini bagaimanapun menyifatkan ia satu langkah yang tepat untuk berhijrah ke pasukan yang lebih memerlukan khidmatnya dan tidak kisah untuk beraksi di pentas Liga Premier.

“Semua pemain mesti rasa nak selalu bermain, tetapi kita tahu kebanyakan penyerang dalam mana-mana pasukan adalah pemain import, dan persaingan pastinya sengit.

Zafuan kini bersama rakan sepasukan menjalani latihan sebagai persiapan saingan Liga Premier yang bakal bersambung Julai nanti.

“Bagi saya, umur saya sekarang 22 tahun bukan lagi muda dan perlu segera mencari peluang untuk beraksi supaya apabila sudah berumur 24 atau 25 tahun, prestasi semakin stabil dan dari situ, saya sasar untuk bersama skuad kebangsaan.

“Dalam baki saingan musim ini, saya nak bina kembali tahap keyakinan saya dan macam-macam mana pun kena cari peluang untuk cuba meraih sekurang-kurangnya enam atau tujuh gol,” jelasnya.

Kehadirannya dijangka akan dapat memperkasakan lagi bahagian serangan pasukan bersama-sama Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi dan juga penyerang import, Gassama Alfyssainey.

Setakat ini, Zafuan berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan sepasukan dan kini dalam fasa untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan yang dilakukan dalam Camp Based Training yang telah bermula sejak 7 Jun lalu.

KUFC kini ini menduduki tangga kelima Liga Premier 2021 selepas mengumpul 16 mata secara keseluruhan setakat ini dan saingan Liga Premier akan kembali membuka tirai pada 3 Julai depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: