Bola Sepak

Pasukan Harimau Malaya selamat tiba, jalani kuarantin 14 hari

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebahagian daripada pemain-pemain Harimau Malaya tiba di KLIA tengah hari Khamis. Foto: FAM

SKUAD Harimau Malaya tiba di tanah air selepas sebulan berada Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengharungi kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe ini tiba di KLIA tengah hari Khamis menerusi penerbangan pesawat khas Malaysia Airlines yang sebelum itu singgah di Bangkok untuk menurunkan 13 pemain yang menyambung tugas kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menghadapi singan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021.

Hanya lapan pemain sahaja bersama pegawai pasukan yang tiba di Kuala Lumpur manakala baki lima pemain yang berpangkalan di luar negara telah pun pulang ke destinasi masing-masing secara berasingan pada Rabu malam.

Kemuanya yang tiba hari ini menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: